followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, May 3, 2011

AYAM CETI


maaflah.. pada yang bertanyakan resepi ni.. bukan akak x nak masukkan tapi tenet di tempat akak ni terlalu slow.. sebagaimana mendungnya cuaca di luar begitulah mendungnya hati akak di kala ni.. menung akak melihat tenet ni.. dah beberapa hari ni akak langsung x ngadap tenet.. rindu benor nak ngadap blog akak ni.. tenet pulak buat hal!!
kalau ok akak tetap akan letakkan resepinya ok..


RESIPI AYAM CETI

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam - basuh, lumur garam dan kunyit, goreng sampai masak. - mr.mama guna drumet 12 ketui
  • Minyak untuk menumis
  • 1 1/2 sudu kecil jintan halus(aku tak tau manis ke putih..ikut omputih cummin seeds) jintan putih le tuu..
  • Setangkai daun kari - 3 tangkai
  • Satu biji bawang besar, hiris
  • 6 ulas bawang putih ketuk
  • 1/2 inci halia ketuk
  • 2 sudu besar cili kisar(kisar dgn bawang merah dan bwg putih)
  • 2 sudu besar rempah kari IKAN
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 1/2 sudu besar kicap manis
  • Garam gula penyedap rasa
* tambah 2 biji cili hijau - belah 2

Cara-cara :
  1. Tumis jintan ngan daun kari.
  2. Masukkan bwg putih ngan halia. Kacau sampai naik bau
  3. Masukkan cili kisar dan bwg besar. Kacau sampai garing
  4. Masukkan rempah kari ikan, kacau sampai naik minyak
  5. Masukkan sos tomato dan kicap manis. Kacau rata
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. masukkan ayam goreng dan kacau rata.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...