followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, May 19, 2011

TIRAMISU

tiramisu yang simple lagi sedap ni sebenarnya projek ke 2 anak teruna akak. teringin sangat nak makan tiramisu... jadi akak hulurkan resipi dia buatlah ikut resipi ni.. hampir 1/2 dari tiramisu ni habis kat dia sorang je.. maknanya tu sedap sangatlah tu.. dulu dulu masa kecil setiap kali akak masak, akak mesti panggil dia untuk merasa apa yang akak masak... apa yang dia rasa memang betul semua.. abahnya cakap kalau beli makanan dia kata sedap memang betul makanan tu sedap! kalu dia cakap x sedap.. memang x sedap!




RESIPI TIRAMISU

sumber : umi e

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek (DJ guna biskut tiramisu /lady finger)
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
    • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara :
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...




poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...