followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, May 5, 2011

RENDANG LIMPA BEREMPAH


 selain dari rendang paru paru, rendang limpa ni juga adalah salah satu rendang kegemaran yang akak suka.. rendang daging @ ayam x yah cakaplah memangnya kesukaan tu.. 


RESIPI RENDANG LIMPA BEREMPAH

500g limpa - di potong nipis dan panjang 2"
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1" halia
2 batang serai
1" lengkuas - tumbuk lumat
15 tangkai cili api
1 sb serbuk kari ayam
1 sb serbuk kari ikan
1/2 st jintan manis
1/2 st jintan putih

2 keping asam keping
1/2 kg santan pekat
2 sd kerisek
1 sb gula merah
sedikit kicap(opt)
garam

PENUMIS:
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
1/2 biji bawang besar - di mayang
2 ulas bawang putih    - di mayang
sedikit minyak tumis

panaskan minyak tumis bahan penumis hingga wangi. 
masukkan bahan kisar, limpa, dan di ikuti semua bahan lain kecuali kerisek dan gula merah. masaklah sehingga hampir kering barulah di campurkan kerisek dan gula merah. rasa garamnya.
masaklah sehingga kering.
sedia untuk di hidangkan.


* jika masih kurang gelap masukkan sedikit kicap


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...