followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, May 16, 2011

ASAM PEDAS IKAN


ni masakan kegemaran anak.. asam pedas ikan. anak kurang mengemari ikan besar seperti pari tu sebablah akak buat guna ikan kembong je..


RESIPI ASAM PEDAS
junjs
  • 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera) - akak guna ikan kembong jek
  • 4 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 2cm kunyit hidup-ditumbuk
  • 1 btg serai dititik
  • 3 btg daun kesum
  • 1 bunga kantan-dibelah dua
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
  • 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
  • garam dan gula (ikut rasa)
  • minyak masak
  • sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
  2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
  3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
  4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...