resepi ni akak ambil dari majalah Saji keluaran Feb/2001.. amboi lamanyakann.. sebenarnya akak lebih suka majalah Saji yang lama berbanding dengan sekarang ni.. dulu akak memang pelanggan setia Saji.. dalam rak penuh dengan koleksi Saji tapi sekarang akak dah berpaling tadah... muahahahaha.. dah x boleh nak setia lagi..
untuk pengetahuan semua.. tadi dekat FB akak dah bertanya idea kawan kawan di FB tentang cendawan ni sedap masak apa? ramai yang fedback baik punya.. lain tempat lain nama yang diberi pada cendawan ni. ianya di kenali dengan pelbagai nama. ada yang memanggilnya kulat, cendawan tekukur, cendawan sisir, cendawan sisor. apa pun namanya.. cendawan yang di maksud adalah sama. akak sendiri memanggilnya cendawan sisir lebih senang di panggil cicho je.. hahaha
oleh kerana ramai yang sudah memberi pandangan cara masak yang sesuai dengan cendawan ni.. di sini pula akak nak syerkan resepi untuk di kongsikan bersama... huh.. memang sedap sangat.. dan memang lazat!! rasanya seperti mirip rasa rendang... bahan pun semua secukup rasanya. setelah akak cuba.. ternyata sedap dan akak rasa amat sesuai sekali jika di makan dengan pulut @ pun nasi panas!! hari ni entah beberapa kali akak meratah je masakan cendawan cicho ni.. sedap...
RESIPI CENDAWAN CICHO - (nama yang diberi dalam majalah Saji tu ye..)
Saji Feb/01
1 cawan cendawan cicho - (sepinggan rm2 akak beli 2 pinggan) - rendam kembang, basuh dan ramas ramas sikit sambil di cuci bersih dan di tumbuk kasar
tumbuk kasar:
100g ikan bilis
50g udang kering
kisar:
5 ulas bawang merah
3 cawan santan pekat
3 cawan santan pekat
1/2 bungkus rempah kari - dibancuh dengan sedikit air
2 sb kerisek
2 keping asam keping
15 tangkai cili api(ikut kepedasan sendiri) - kisar halus
1 batang serai -di ketuk pangkalnya
1-2 helai daun kunyit -koyak koyakan (akak tambah)
minyak menumis
garam
panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik aroma. masukkan ikan bilis dan udang kering.
masukkan rempah kari dan cili api, kacau sehingga sedikit garing.
masukkan kerisek, serai dan asam keping, kacau sebati.
masukkan cendawan , kacau sebati kemudian tuangkan santan.
kacau dengan api perlahan hingga pekat. masukkan garam.
tutup api dan sedia untuk di hidangkan
Salam pagi Jumaat penuh barakah.
ReplyDeleteAte suka mkn cendawan ni..tapi susah nak dapat. Rasanya dah bertahun2 tak makan. Lagi pun kdg ada skit rasa cuak psl ramai org citer kadang cendawan ni kalo kena racun jadi bahaya.
Tapi yang penting cendawan cicho mmg sedap
Assalamualaikum, cendawan ni pernah makan masa kecik2 dulu skrg tak pernah jumpa dah, mesti sedapkan... terjumpa blog ni mintak izin nak follow ya kak.
ReplyDeleteAssalam kak norlie,
ReplyDeletecendawan masak gini memang sedap hari tu kita pun ada cuba tapi gunakn cendawan tiram aje..fooh memang best....kak kita dah linkkan blog akak ke blog kita ya.harap akak dont mind.
salam juga buat ate.. akak beli cendawan ni di tempat jual sayur sayur kampung tapi x selalu boleh dapat cendawan ni.. agaknya cendawan ni beracun kerana pokok tu telah di racun kut.. tapi akak nak makan jadi tawakkal je lah.. baca doa makan berulang kali le.. insyaallah..
ReplyDeletegerhana luka..sedih pula akak mendengar nama gerhana luka ni.. x pe link saja la..
ReplyDeletewksalam ayu.. ayu, malu akak bila ayu nak link blog akak yang x seberapa indah ni.. tp wbmana pun akak berterimakasih kerana ada kesudian di hati ayu tu.. sebenarnya..., sebenarnya... akak suka!!
ReplyDeletekak jgn sedih.. gerhana luka tu sbb saya suka lagu iklim gerhana cinta luka tu yg jadi gerhana luka. sugar glider tu beli kt mudah.com murah sikit kalu kt pet shop mahal sgt, try la tengok dah ramai org iklankan
ReplyDeleteakak sok tengok sugar glider tu..comel..
ReplyDelete