followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, May 4, 2011

MASAK KICAP AYAM


resepi yang hampir terlupa nak letak di sini.. masakan yang simple dimple je ni.. sebenarnya agak malas nak letakkan resepi ni sebab masakan yang tip top ni semua orang tau buat!! tapi akak letakkan juga untuk generasi keturunan akak yang akan datang entah entah pegang sudip pun kekok!! nah mbik ko.. belajarlah memasak demi keluargamu nanti kannn..


RESIPI MASAK KICAP AYAM

1/2 elor ayam - di bersihkan tabur garam kunyit lalu di goreng dan ketepikan
1 biji bawang besar - tumbuk lumat
2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
1/2 sb lada hitam - ditumbuk lumat
1/4 cawan kicap
sedikit air
sedikit garam
kulit kayu manis
bunga lawang
bawang besar - di potong bulat
cili besar - hiris - jika suka
minyak untuk menumis

panaskan minyak tumis kulit kayu manis dan bunga lawang dan masukkan bawang. masak hingga naik baunya.
masukkan lada hitam kicap, air dan biarkan ia mendidih.
masukkan ayam, garam dan bawang bulat serta cili hiris. didihkan sekali lagi.
sedia untuk di hidangkan

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...