followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, May 18, 2011

DALCA TULANG RUSUK


sudah beberapa kali akak masak dalca ni.. sebab ternyata sedap.. kali ni akak beli tulang rusuk+daging urat urat tempatan yang segar.. ermm memang sedap di gandingkan dengan jelatah tadi.. akak kalau masak ni malas nak masak banyak perkara sebab ramuan dalam dalca ni semua dah komplik semua ada.. jadi x perlulah nak goreng sayur lagi... 



  RESIPI DALCA TULANG RUSUK

Bahan-bahan:
500 gram tulang rusuk
1 cawan kacang dhal (rebus sampai empuk)
2 sudu cili kering kisar
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar serbuk kari
Rempah tumis (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga)
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Minyak utk menumis

Sayur-sayuran:
3 biji terung - akak guna 2 biji terung panjang
2 biji kentang - akak guna 1 biji kentang
10 urat kacang panjang - akak buat 5 urat je
1 batang lobak merah - akak guna 1/2 biji
2 biji tomato

Cara-cara:
Potong daging ikut suka. Ambil sekali tulang2 & lemak pada daging. Cuci & toskan.
Potong sayur-sayuran ikut suka (akak suka potong secara memanjang, kentang & tomato dibelah 4). Tumbuk halia, bawang merah & bawang putih.
Tumis cili kisar & semua bahan2 yg telah ditumbuk tadi. Gaulkan sebentar sehingga naik bau. Masukkan rempah tumis.
Selepas itu masukkan serbuk kari, gaul sebentar. Terus masukkan daging & tulang.
Masukkan air & tutup periuk. Biar daging & tulang empuk dahulu barulah masukkan santan & air asam jawa. Setelah daging agak empuk masukkan kacang dhal yg telah direbus tadi.
Masukkan sayur2an dimulai dengan yg agak keras dahulu iaitu kentang, lobak merah, terung, kacang panjang & akhir sekali barulah tomato. Biar mendidih sebentar.
Masukkan garam, gula & serbuk perasa (jika suka). Sesuaikan rasa, angkat & bolehlah dihidangkan.

*sesuai di makan dengan nasi putih, nasi minyak dan roti canai



poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...