maaflah yee baru berkesempatan nak masukkan resepi ikan ni..tadi x sempat sebab akak nak cepat kerana ada jemputan kenduri arwah tadi jadi akak kena cepat sebab akak pun ada masuk syer kenduri tu.. bukanlah syer apanya.. pun! telahkan mak sedara tu bertanya nak join kenduri untuk doa arwah jadi akak pun nak ikut join.
balik dari kenduri akak di tengah jalan selepas traffic light depan SKTLDM Parit Bota keta buat hal.. x boleh bergerak.. adoiii matilah akak camne nak buat ni... mujur sorang anak ikut tapiii dia bukan tau ape pun!! belum ada lesen memandu pun!!! lagilah bertambah susah hati akak.. Ya..Allah bertapa cemasnya akak waktu tu sebab keta akak berhenti di lorong laju sebelah kanan. enjin semua ok... mujur ada seorang hamba Allah yang akak kenal dia cuba menolak kete akak ke laluan sebelah kiri.. cek punya cek dia kata ada patah di bahagian pedal kanan keta menyebabkan keta x boleh bergerak sebab x boleh tekan minyak... terpaksalah di ikat untuk sementara membolehkan bergerak. esok terpaksa kena pergi pusat servis di SP Kedah.. malasnya akak. x ada hal.. dah ada hal pulak!!
RESIPI SIAKAP 3 RASA
1 ekor ikan siakap
KISAR:
sedikit lenkuas
sedikit halia
bawang merah
6biji bawang
3 ulas putih
sedikit sos tiram
1 sd lada kisar
sedikit lobak merah di potong panjang
2 helai daun limau purut
2 batang serai dititik
sedikit garam
sedikit gula
sedikit tepung jagung -sedikit
serbuk perase
HIASAN:
satu biji tomato
1 kpg taufu _ dipotong
*mula2 goreng ikan bagi separuh garing...lepas tu angkat dan toskan... *tumis bahan yang dikisar tadi bersama lada kisar sehingga naik bau, *letakan satu cawan air *letakan daun limau purut,serai,gula,garam,sos tiram, dan sedikit perase *setelah mendidih masukan lobak merah.taufu dan tepung jangung yang telah di bacuh *setelah masak letak sos itu di atas ikan bersama hirisan tomato selamat mencuba ;-)
* campur nenas lagi sedap
No comments :
Post a Comment