followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, May 9, 2011

IKAN KELI BAKAR CICAH AIR ASAM

 

harini akak buat ikan keli panggang oven je.. cicah dengan air asam... simple tapi memang kena dengan tekak akak ni.. sebenarnya ikan bakar ni jk sedap air asamnya menepati rasa masam, manis,pedasnya.. baru ada ummphh.. kalau x de rasa ni sepoi semua rasanya..


RESIPI IKAN BAKAR

2 ekor ikan keli tabur garam kunyit letak dalam aluminium foil. jangan bungkus padat sangat.
bakar 200'C 15-20 minit setiap belah

AIR ASAM:
tumbuk:
1 biji cili merah
3 biji cili api
sedikit gula 
sedikit garam
sedikit belacan - wajib ada

hiris halus:
1 biji tomato segar
1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris melentang
1 biji cili merah
5 biji cili api
2 sudu besar sos tomato
3 biji limau kasturi - ambil jusnya.

gaulkan bahan hiris termasuk bahan tumbuk.
ramaskan sikit kemudian rasa masam manisnya.
siap.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...