followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, May 4, 2011

BIHUN SOTO SEDAP PUNYA...


resipi ni pun hampir terlupa akak masukkan di sini.. lupa tu satu hal juga tapi akak amat bizi dengan semua tugasan harian.. biasalah.. nak ngadap sini perlukan masa yang cukup panjang di samping semua keje umah dan hal lain beres baru boleh update di sini.. kalau dah ngadap sini rasa x cukup 1-2jam selain wajib nak bertandang untuk mengintai umah kawan kawan di sini.. Ooo..  itu dah semestinya satu kawajiban yang harus di tunaikan ..ekekeke


bihun soto ni akak masak sewaktu akak di kampung suami ketika mengambil anak bercuti sem tempuhari. hajat asal akak sebenarnya nak masak Soto Singapore tapi mengenangkan family hubby di kampung semua x reti makan nasi impit.. huhuhu ada juga yee.. orang x suka nasi impit! tapi berbeza dengan hubby akak huh.. cukup suka nasi impit ni.. agaknya dah berkahwin lama dengan akak.. dan dah sebati dengan air tangan isterinya ini yang di nikahi hampir 24th hidup berumahtangga..dan di kurniakan anak 3 orang yang sudah besar panjang.. hihihi.. ape nii... dah melalut.. nak cerita fasal makan ke nak cerita hal sendiri.. Oopp tersalah blog nak cerita ekekekeke.. sori soriiii...............yaa ampunnnnnn..


oleh kerana ada yang x suka makan nasi impit terpaksalah akak tukar menu kepada bihun.. dan menu pun terpaksa di tukar kepada Bihun Soto.. Alhamdulillah.. semuanya suka nampaknya.. clear!! 
ok..pape pun jom lah lihat resepi Bihun Soto akak ni.. mungkin ada persamaannya dengan resepi kawan kawan yang lain.. tapi ini memang resepi akak sendiri digunakan sejak di awal perkahwinan kami lagi... dah sebati semua dengan rasanya..


RESIPI BIHUN SOTO

2 kampit bihun - di celur sekejab dan di toskan

1 ekor ayam(akak guna ayam berat hampir 2kg) - di potong 4 bhgn/bersihkan/rebus sekejab - untuk dapat stok/angkat dan toskan.
lumur garam kunyit dan goreng. angkat dan biarkan sejuk kemudian di hiris halus. ketepikan untuk hiasan.
* tulang ayam jangan di buang.

KUAH BIHUN SOTO

BAHAN BLEND:
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1" halia

 PENUMIS:
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
bunga cengkih
1 biji bawang besar - di mayang
2 ulas bawang putih - di mayang

2 sb serbuk rempah soto(akak beli yang jenis timbang/bukan rempah mak siti-x suka!)
1" lengkuas - di ketuk
3 batang serai - di ketuk
sebungkus sup bunjut
sedikit minyak menumis
garam secukup rasa
air stok secukupnya/jangan cair sangat

panaskan minyak. tumiskan bahan penumis, lengkuas, serai hingga wangi.
masukkan bahan blend, rempah soto dan tumis sehingga kering dan terbit minyak serta berbau harum.
masukkan stok ayam secukupnya sup bunjut dan tulang ayam serta garam. biarkan mendidih sepenuhnya. sebaiknya sehingga tulang ayam tu lembut.

BAHAN RAMUAN/HIASAN:

bawang goreng
taugeh - di celur @ di goreng tanpa minyak sekejab saja
kacang tanah - di goreng/akak beli siap yang bergaram sebab kacang tanah timbang kurang cantik
daun sup - di hiris halus
daun bawang - hiris halus
soun - di goreng
ayam goreng/siat

SOS KICAP:
segengam cili api secukupnya - di bersihkan dan di goreng dengan sedikit minyak dan angkat.
2 biji bawang putih cucuk garpu dan bakar dengan api dapo
5 biji limau kasturi/2 biji limau nipis - ambil jusnya
sedikit bawang goreng
1/2-1 cawan kicap manis
garam(opt)

campurkan semua sekali dan masukkan ke dalam blender.
siap untuk di hidangan ke semuanya..

7 comments :

  1. kakkkkkkkkkkkkkkk...waduh waduh ko kak...pagi2 dah tayang bihun soto...mai semangkuk, cili kicap kasi lebey yeee...

    ReplyDelete
  2. nak semangkuk.. terliur ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. hani pg tadi x dapat sahut mesej sebab tenet nyanyok..

    ReplyDelete
  4. eB ezrin.. terliur ke..hihihi

    ReplyDelete
  5. along maklong.. cukup ke semangkuk tu..?

    ReplyDelete
  6. Nk join korang mkn leh x?sya p0wn nk 1 mangkuk jgk..hehehe...cili kicap tu klaw x pedas kasi lebey klaw pedas siket jr dha lha..tk0wt skt perut

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...