ini juga menu sampingan akak hari ni.. tapi................ apa agaknya nak di beri nama pada masakan ini. baru hari ini terlahirnya resipi ini tapi belum di daftarkan namanya lagi...hikhikhik.. nantilah akak fikirkan namanya.. tapi.... nak beri nama ape yee.. blur otak nak pikir..
masakan ini hanya sedikit kuahnya saja.. nak tau.. masakan ini juga telah menambat seleraku hari ni..hahaha..eemmm.... sedap tau.. anda semua nak cuba..? kalau nak mencuba sila semak resipi yang akak letakkan di bawah ni.. sesuai x kalau akak letak tofu sotong sweet sour?
RESIPI TOFU SOTONG SWEET SOUR
2 keping tofu - di potong 4
3 ekor sotong sederhana besar - di potong bulat bulat
1/2 bawang besar - di cincang
2 ulas bawang putih di ketuk
1/2 sb serbuk cili
sedikit air
1 sb sos cili
1/2 sb kicap manis
1 biji tomato - di potong kiub
sepotong timun jepun - di potong kiub
10 biji cili api - di belah tengah
1/2 biji cili cameron -di potong dadu
karat - di potong bentuk bunga
bawang - di potong bulat
sedikit pes asam jawa (hujung sudu)
garam secukup rasa
minyak menumis
panaskan sedikit minyak.
tumiskan bawang cincang dan bawang putih hingga wangi.
masukkan serbuk cili kacau rata dan masukkan sedikit air, sos cili, kicap manis dan pes asam jawa. kacau hingga mendidih.
masukkan karat, timun jepun, sotong biarkan ia mereneh sekejab.
masukkan cili cameron, tofu gaul rata dan masukkan lagi cili api, bawang bulat dan tomato segar.
perasakan dengan garam.
sedia untuk di hidang panas panas!
No comments :
Post a Comment