followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, April 12, 2011

TEMPAHAN DARI CUSTOMER.. BISKUT HANTARAN



biskut ini telah di tempah oleh customer tempuhari dan beberapa jenis biskut hantaran lain. biasanya kalau ada yang nak menempah biskut hantaran moden seperti ini memang akak terima.. cuma akak kurang mahir membuat biskut lama lama sebagai hantaran tapi untuk makan sendiri no hal... kalau sendiri pun lihat x puas hati dengan hasilnya... apatah lagi nak memuaskan hati orang..kan...,kannnnn....

RESIPI ORANGE CRYSTAL COOKIES

Bahan-bahan
250gm mentega
100gm gula aising
40gm tepung jagung
280gm tepung gandum
100gm serbuk badam
1 biji kuning telur
1 sudu teh orange pes
1 sudu teh perwarna orange

Hiasan : Coklat chips, badam batang, dan perwarna hijau (utk daun), gula kristal

Cara-cara :
1. Pukul mentega, kuning telur dan gula aising hingga berkrim.
2. Masukkan serbuk badam, tepung jagung, tepung gandum, diuli menjadi doh yang lembut.
3. Ambil sedikit adunan dan diwarnakan hijau utk membuat daun.
4. Masukkan orange pes dan perwarna orange kedalam baki adunan dan diuli rata sehingga menjadi doh.
5. Ambil sedikit adunan oren dan isikan dgn coklat chips, bulatkan, kemudian golek dengan gula kristal.
6. Mnggunakan nozzle berbentuk daun, picit daun ke atas biskut.  Cucuk badam batang untuk batangnya jika suka..
7. bakar pada suhu 140C selama 30 minit.

*** untuk membuat daun, guna nozzle bentuk daun dan picit ke atas biskut atau boleh diterap dengan acuan daun kecil dan di letak di atas biskut.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...