ASSALAMUALAIKUM...
semoga ceria ceria selalu hendaknya..
ini N3lama di kelas masakan JW di tempat akak. sampai terlupa akak nak masukkan di sini.. puteri ayu ini telah di kongsikan resipi oleh puan Zaitun dari 52 U8 Bandar Universiti. puan Zaitun ni adalah seorang pengusaha kueh mueh untuk jualan pagi.
puteri ayu ni sedap lembut dan gebu. dah namanya seorang pengusaha kueh pasti kueh muehnya menepati citarasa customer.. kalau x masakan boleh laris di pasarankannnn..!
pada siapa yang teringin @ dah lama x merasa kueh ni boleh kita cuba resipi puan Zaitun ni pula...
RESIPI PUTERI AYU
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3 biji telur
1 st ovalet
1/4 sedikit pewarna hijau
beberapa helai daun pandan
hiasan atas:
1/2 biji kelapa parut - putih
garam secukupnya
sejemput tepung gandum
*campurkan semua bahan hiasan
panaskan kukus terlebih dahulu.
pukul telur, gula dan ovelate hingga kembang dan masukkan tepung lalu di gaul rata.
blend daun pandan dengan santan hingga halus lalu di tapis dan tuangkan ke dalam adunan tepung dan dikacau hingga sebati.
ambil sedikit bahan hiasan atas dan masukkan ke dalam acuan lalu di tekan sedikit supaya ia padat.
tuangkan adunan yang telah di sebatikan ke dalam acuan puteri ayu.
kukuslah selama 5-10 minit/bergantung kepada api dapur masing masing.
No comments :
Post a Comment