followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, April 6, 2011

KERANG REBUS CICAH AIR ASAM..erm..


waa..puas cari kerang ni..akhirnya dapat juga akak merasa hari ni... dah lama x makan em... teringin sangat nak menyicah dengan air asam ni. sedaaaap.. kalau buat kerang bakar lagi bestkan..sekali sekala boleh la makan tapi kalau selalu... takut.., takut gout!!


RESIPI KERANG REBUS CICAH AIR ASAM

kerang - suka hatilah nak banyak mana- di bersihkan
garam gula
air rebusan
1-2 helai daun kunyit (untuk bau yang harum)

jerang air bersama kerang dan rebuslah sehingga mendidih. padamkan api.siap.

AIR ASAM:
tumbuk:
1 biji cili merah
3 biji cili api
1/2 cawan air suam + di bancuh dengan asam jawa
sedikit gula 
sedikit garam
sedikit belacan - wajib ada

hiris halus:
1 biji tomato segar
1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris melentang
1 biji cili merah
5 biji cili api
2 sudu besar sos tomato

gaulkan bahan hiris termasuk bahan tumbuk.
ramaskan sikit kemudian rasa masam manisnya.
siap.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...