ASSALAMUALAIKUM...
hari ni akak masak resepi rendang yang paling simple iaitu menggunakan 5 bahan sahaja... herankan.. macam x percaya pulakkan..! resepi ni akak dapat dari resepi datin haliza. dia kata setiap kali raya rendang inilah yang keluarganya suka masak sampai kering.. wp bahannya x banyak tapi sedap tau.. paru ni kalau di Perak orang panggil pelampung - rendang pelampung.
RESIPI RENDANG PARU
600g paru paru - rebus dan di potong dadu @ nipis
2 biji kelapa parut -jadikan santan
10 ulas bawang merah } hiris hiris halus
1" halia }
1 sb lada hitam - tumbuk halus
campurkan paru paru, santan dan bahan hirisan masak hingga separuh kering.
baru masukkan serbuk lada hitam dan garam.
masak dengan api yang api perlahan hingga kering.
bolehlah di hidangkan.
* bila betul betul kering paru akan jadi rangup
sedapnya paru...niza suka ni....kalau buat rendang tok pun sedap agaknya yer...nanti blk nk rasa rendang tok kak norlie la.
ReplyDeletep/s: akak, nanti singgah umah ambil poskad yer..:)
NIEZA AKAK DAH MBIK YE..
ReplyDelete