followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, April 8, 2011

NASI POTUGIS


harini akak masak nasi potugis yang akak mbik dari dapur suzi... izinkan akak letak resepinya kat blog akak  di sini ye..
nasi ni punyalah sedap sangat..ala ..masa possing tadi terlupalah nak tayangkan hirisan daging di dalamnya. x teringat langsung.. hanya nampak nasi je.. warna nasi ini seakan kita letak bahan rempah serbuk di dalamnya tapi x da pun.
lain kali akak nak buat lagi nasi yang sedap ni.. mungkin menjadi menu ulang tayang kekeke..


NASI POTUGIS
www.perutkenyang.blogspot.com

BAHAN - BAHANNYA :-)

  • 500 g beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan - akak guna beras biasa
  • 300 g daging batang pinang*
  • 3 ulas bawang putih, diketuk*
  • 1 inci halia, diketuk*(*rebus hingga daging empuk dan hiris nipis)
  • 500 ml stok rebusan daging
  • 500 ml santan
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 3 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan putih*
  • 3 camca teh cili kisar*(*dikisar halus) -sy letak sikit je cili...campur sikit dengan sos tomato sbb anak2 tak tahan pedas. - akak guna 1 sb cili serbuk +1 st  serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN :-)
  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Gajus goreng
  • Bawang goreng


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, masukkan daun pandan dan bahan kisar halus, masak hingga rempah garing. Masukkan beras tadi dan goreng hingg rempah rata dengan beras.
  2. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang santan dan stok daging, tambah garam secukup rasa dan masak nasi seperti biasa. Bila nasi kering, masukkan daging yang telah dihiris tadi. Terus memasak hingga nasi tanak.
  3. Balik2kan nasi dengan chop stick (cukup 3 - 4 kali gaul). Taburkan bahan hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 lain yang anda gemari

    poster salam sayang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...