followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, April 3, 2011

ATVT KELAS JW - PUDING DURIAN

haha... yang ni pun sebenarnya akak masak dalam demo JW gak.. pada mulanya x de nak masak pun yang ni tapi oleh kerna stok durian ade lagi, x kan nak buat tempoyak kot ekekeke... jadi akak tunjukkanlah demo membuat puding durian ni.. sedap tau puding ni lemak berkrim rasanya.. puding ni kalau di sejukkan di dalam peti ais seolah kita sedang makan aiskrim la kononnya... hahaha...
puding ni pun akak dapat sepotong juga.. sebelum beku teringat nak snap tapi bila dah beku terus lupaaaaa..lagik! ermmm... : (
pada yang suka durian @ aiskrim durian boleh la cuba yee...


PUDING DURIAN

A) blender:
1 biji durian
1 cawan pati santan/ akak guna susu cair
2 sm susu pekat

B) 
18g serbuk agar agar
2 cawan air
1 1/2 cawan gula
1 cawan air pandan
esen rose(opt) akak x bubuh sebab x suka
sedikit garam

masak bahan B hingga mendidih dan campurkan bahan yang telah di blender tadi.
masaklah  hingga mendidih sekali lagi dan tuang di dalam loyang 9".
bila sejuk simpan di dalam peti ais.
sedap makan sejuk sejuk.



* hamizah hassan -rakan baik kelas masakan

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...