followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, April 7, 2011

RENDANG PAK KASSIM..


sekali pandang seperti masakan daging masak hitam kann.. x tepat sangkaan kalian tu.. masakan ni diberi nama rendang pak kassim.. x tau akak kenapa namanya pak kassim.. adakah pak kassim ni orang pertama pencipta asal resipi rendang pak kassim ni..@ pun tuan punya katering. x lah akak selidik pun... tapi menurut kata kawan baik akak yang sudi dan ikhlas menghulurkan resipi pada akak lebih 15 tahun dulu. katanya asal resipi ini datangnya dari pulau pinang. pak sedaranya p angkut resipi ni masakkan di kuala selangor pulak... dapat kat kawan baik akak... dan akhirnya jatuh ke tangan akak.. hahaha... apa lagilah.. masakan ini dah sekian kalinya di pamerkan kat meja makan kami..huh.. kegemaran anak2, suami dan khasnya akak! memang sedap masakan ni weh... rugi x cuba tau
masakan ini menggunakan bawang yang banyak, tidak menggunakan kerisek dan santan langsung... nanti bila2 akak akan persembahkan masakan daging masak hitam dan rendang terlagi lagi.. sememangnya mabeles!! kalian boleh la membuat pilihan yang mana sedap!


RESIPI RENDANG PAK KASSIM

A)
300g bawang - di mayang dan di goreng garing keperangan hingga wangi lalu ketepikan dulu.
600g daging - di potong kecil, nipis dan di titk titik dengan pisau dan di goreng 1/2 masak.
12-14 sudu kicap manis kipas udang
* setelah itu perapkan daging 1/2 masak dengan bawang yang di goreng tadi dan masukkan kicap kipas udang lalu digaul rata dan perapkan 2-3jam.ketepikan.

B) bahan blend dan penumis:
10 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1/2" halia
sedikit minyak menumis

C)
2 batang serai - di tittik
1 sb serbuk kari daging
sedikit pes asam jawa
garam
air jika perlu

panaskan minyak dan tumiskan  bahan B) hingga garing.
lalu masukkan bahan C) hingga wangi.
akhir sekali masukkan daging perapan tadi.
masaklah sehingga sebati dan rata.

* jamaayah taman lawan kuda.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...