followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, April 4, 2011

SAMBAL TEMPOYAK MASAK


masak sambal tempoyak ni juga adalah pebret akak.. kalau ada ulam ulaman @ ikan masin peggghhh... memang kena dengan selera akak!! x yah lauk lain dah.. kalau ada petai huh.. memang kena sebab lagi sedap!!  tp penghuni dalam umah ni x de sapa yang berkenan. sambal tempoyak ni akak masak pekat2 sebab boleh di simpan 2-3 hari lamanya.. 


RESIPI SAMBAL TEMPOYAK MASAK

2 cawan tempoyak 
2 batang serai - di hiris halus dan di tumbuk
2 biji bawang merah - di tumbuk
2 helai daun kunyit - di mayang halus halus.
1/2 cawan ikan bilis - tumbuk x lumat
air secukupnya
serbuk kunyit
garam 
gula

masukkan ke semua bahan kecuali daun kunyit ke dalam periuk/ kuali.
masaklah dengan api yang sederhana hendaklah di kacau selalu takut hangit.
masaklah sehingga ia seakan meletup dan perlahankan api dan masukkan daun kunyit dan kacau sekejab lagi.
rasa masam manis masinnya.

*jika masam tambah lagi gula.
*boleh campur udang
*boleh juga diletak daun limau purut ketika memasak - jika suka

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...