followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, April 13, 2011

MASAK KICAP HATI BERSAMA KENTANG


ini juga hidangan tengahari tadi...  akak campurkan masak dengan kentang goreng sekali. sedap ni..


RESIPI MASAK KICAP HATI BERSAMA KENTANG 

300g hati/pedal ayam di potong kecil dan bersihkan dan gaul garam kunyit dan di goreng/ketepikan.
bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sb lada hitam

1" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
minyak penumis
sedikit asam jawa
2 sb kicap
garam secukup rasa
1 biji kentang - potong ikut suka gaul garam kunyit dan digoreng. ketepikan

hiasan:
1 biji bawang potong bulat
1-2 biji cili merah di potong serong

panaskan minyak masukkan kulit kayu manis dan di turuti bahan tumbuk, masak hingga wangi.
masukkan hati/pedal, kentang yang di goreng tadi di ikuti kicap dan asam jawa serta garam.
akhir sekali masukkan bahan hiasan yang siap dipotong.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...