followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, April 13, 2011

PUDING MANGGA

ASSALAMUALAIKUM...

x sangka pulak entry ni sama acuan dengan k.Nor. x tiru pun tapi bila puding ni siap dan  buka tenet ternampak puding k.Nor punyalah cunnya merah menyala gitu... cantik puding stroberynya.. akak pula kuning di raja heheh... papepun puding ni wp rupa parasnya sama tapi rasa tetap berlainan.


nanti akak masukkan resipi ni sikit lagi sebab akak ada kerja nak siapkan di dapur ni...


RESIPI PUDING MANGGA
  • 500ml air
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 100 gm gula
  • Nata de Coco ~Untuk hiasan(akak x letak)
  • Sedikit pewarna & esen mangga jika perlu...
  • **BAHAN KISAR**
  • 1 biji/250 gm isi mangga masak
  • 250 ml susu segar(akak tukar susu cair)
  • 2 biji kuning telur
  • 100 ml whipping cream ~optional

Cara-cara

  1. Di dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar dan gula..Didihkan sehingga kesemuanya larut.
  2. Sementara itu, masukkan kesemua bahan kisar ke dalam blender, blend sehingga sebati.
  3. Setelah (1) larut keseluruhannya, kecilkan api, masukkan (2) sambil dikacau sentiasa sehingga mendidih kembali.
  4. Tutup api dan teruskan mengacau beberapa ketika.
  5. Tuang ke dalam acuan kegemaran dan taburkan Nata De Coco ke dalamnya..Biarkan sejuk kemuadian bolehkan dimasukkan ke dalam freeze untuk didinginkan....

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...