followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, April 17, 2011

KUIH BAKAR SAGU BIJI

ASSALAMUALAIKUM... selamat berhari minggu


hari ni pagi pagi lagi akak nak tayangkan kueh yang akak buat malam tadi... semua kueh kueh ni telah di uji makan di dapo akak la yee... ada 5 jenis yng akak buat malam tadi termasuk puding tapai pulut tu.. Ok layan je la dulu kueh kueh yang akak buat ni...



KUIH BAKAR SAGU BIJI

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

  • 300 g sagu biji
  • 200 g mentega/majerin
  • 170 g gula pasir/merah
  • 3 biji telur
  • 150 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam

Cara-cara

  1. Rendam sagu biji dengan air panas mendidih selama 30 min. Tapiskan dan rendam sebentar di dalam air dingin 5 min dan tapis lagi.Ketepikan.
  2.  Mentega,gula dan telur dikacau rata dan masukkan garam dan esen vanilla dan kacau lagi.
  3.  Masukkan campuran tepung dan kacau rata lagi.
  4.  Masukkan pula sagu biji yang ditapis tadi dan kacau sebati.
  5.  Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu mentega.
  6.  Bakar selama 45 min - 1 jam atau hingga masak.


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...