ikan masin goreng ini sesuai di makan dengan pajeri tadi.. kira ngamlah... kalau ada ke 2,2 ni memang layan habis makan dengan nasi panas.. kena pulak dalam pajeri tadi pun ada lauk juga iaitu udang yang akak masukkan tadi.. resipi ni ramai yang terror masaknya hehehe...
RESEPI IKAN MASIN GORENG
1 ekor ikan masin sederhana besar
1 biji bawang besar - belah 2, di potong kasar secara melentang
2 biji cili merah _ di potong kasar dan serong
5 biji cili api - dihiris halus
1/2 st pes asam jawa
sedikit minyak goreng
panaskan minyak dan goreng ikan masin lalu ketepikan.
goreng pula bawang dan cili hingga separuh garing dan masukkan pes asam jawa.
masukkan kembali ikan masin tadi dan di gaul ratakan.
angkat.
No comments :
Post a Comment