followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, April 14, 2011

LALA TUMIS TAUCU BERSOS


ni juga menu sampingan akak untuk tengahari ni.. lala tumis taucu bersos ni memang dah selalu akak masak. ni memang kegemaran anak anak... sedap kata dorang lebih lebih lagi sekali sedut isi lala ni terasa sosnya..hahaha.. betoi ke apa yang ku tulis ni pun ekekeke.. 


RESIPI LALA TUMIS TAUCU BERSOS

1/2 kg lala
bahan tumbuk:
1 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih 
1/2" halia
1 sb taucu biji -di basuh dan di tumbuk lumat

2 sb sos tomato
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan
2batang serai - dititik
3 helai daun limau purut
2 biji cili merah - dipotong serong
5 biji cili api - dipotong nipis
1 biji bawang besar - dipotong bulat
5 tangkai daun sup - dihiris
1/2 sb tepung jagung dibancuh dengan sedikit  air
garam secukup rasa
1st serbuk knorr
air secukupnya
minyak menumis

panaskan minyak. tumis bahan tumbuk, serai hingga wangi dan di ikuti taucu. gaul rata.
masukkan semua sos, lala, gaul hingga sebati, daun limau purut, sedikit air, bancuhan tepung jagung, garam perasa, hirisan cili, bawang bulat dan daun sup.
bila dah mendidih tutup api.
           

1 comment :

  1. salam Noelie...berselera nampak lala tu..rasapun mesti ermm sedapkan..sila amik award utk follower storyofmama ok..tq.

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...