followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, April 1, 2011

NASI IMPIT KUAH KACANG LEBIU..LEBIU..


gambar masakan ni pun dah letak semalam tapi bizi sangat nak masukkan resipi, hanya sempat masukkan gambar je.. lepas tu buat urusan lain. kalau lain kali ada yang terlihat gambar je faham fahamla..noo..
akak saja cetak bentuk lebiu terutama nak hidangkan untuk my laling.. biar dia nampak depan matanya penuh dengan lebiu..lebiu. dah x payah nak ucapkan kata kata sayang selalu, melalui juadah hidangan pun dah boleh terucap!! hahaha.. dah terbukti di depan mata..nak ape lagiiii..wakakaka..


KUAH KACANG/SATEY

300g kacang tanah - di sangai dan kisar jangan halus sangat
*100g gula halus   }agak agak
*100g gula merah }
40g asam jawa ] di ramas 
500ml air         ] sekali dan tapis
1 st garam - agak agak
1 st serbuk kunyit
2 biji buah keras - untuk naikkan lemak - blend
1 st jintan putih - kisar halus
1 st jintan manis - kisar kasar
1 sm ketunbar           }
2 sm halia muda        } 
2 cm lengkuas           }
20 tangkai cili kering  } blend
20g udang kering       }
5 ulas bawang putih   }
7 biji bawang merah  }
2 batang serai
1 cawan minyak

* 1 biji tomato biji (petua)

air asam jawa, kacang tanah dan gula pasir dan gula merah di gaul dan ketepikan.
panaskan minyak. 
tumis bahan blend hingga wangi.
campurkan gula garam, serbuk kunyit dan masukkan kacang. masaklah hingga terbit minyak.

* tomato biji hanya petua orang lama. x ikut pun x pe.. hanya masukkan sebiji terus ke dalam kuali untuk menandakan bila buah tu hancur dengan sendirinya bermakna kuahnya sudah masak. bolehlah di hidangkan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...