followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, April 8, 2011

AYAM MASAK ROS BERKISMIS

 berkismis

semalam masa nak upload gambar ni pun memakan masa yang agak lama baru boleh masukkan gambar di sini.. nyanyuk betul tenet ni. dah la nyanyut degil pulak!! susah benor kepalanya nak set seperti yang di arahkan! orang yang menunggu di depan dia ni sempat la.. bermimpi satu episod!! bila dah boleh masuk gambar.. mata pulak berat nak buka.. ahh..lebih baik sambung aku punya mimpi dari menulis ayat yang x tentu hujung pangkalnya.. nanti ada yang juling bacanya.. hahahaha...
baru terima mesej.. mujur urusan petang ni di kanselkan kalau tidak sampai sekarang pun x sempat nak masukkan resipi di sini.

ni adikberadik kepada ayam masak merah jugak la.. 

AYAM MASAK ROS

1 ekor ayam - potong 16 ketul di bersihkan, tabur garam kunyit dan goreng 1/2 masak
bahan hiris:
1/2 kg bawang merah - tapi 1/2 akak blend
1/2" halia                 
2-3 biji bawang putih
serai - di ketuk  

 penumis:
sedikit kulit kayu manis
sedikit bunga lawang
2-3 biji buah pelaga
1-2 kuntum bunga cengkih

3-4 sb cili serbuk + sedikit air saja
1/2 tin susu cair/sanran pekat
1/2 st pes asam jawa
garam gula
minyak menumis

hiasan:
bawang besar - di potong bulat
2 sb kismis hitam
karat - potong panjang

panaskan minyak. masukkan bahan penumis hingga wangi.
masukkan bahan hiris/blend, serai, biar garing sedikit dan masukkan bancuhan cili serbuk. masaklah sehingga terbit minyak.
masukkan pes asam jawa bersama santan pekat dan masak hingga betul betul mendidih.
kemudian masukkan ayam dan gaulkan sehingga sebati.
di ikuti bahan hiasan. gaulkan kesemuanya. biarkan seketika  di atas api.
sedia untuk di hidangkan.


* akak makan bersama nasi potugis.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...