followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, April 1, 2011

ASAM PEDAS MELAKA


 maaf sedikit terlewat meletakkan resipi di sini.  semalam amat bizi dengan urusan di dapur dan segala urusan yang perlu di bereskan. waduh waduh.. capek sekali aku di buatnya.. eh.eh.. kenapa aku berbahasa indon pulak ni.. hah..nak tau ceritanya.. sebenarnya ada buat renovation rumah sikit..ubah kedudukan pintu bilik je.. pekerjanya semua indon! jadi lidahku dah berputar bahasa dia, pekat habis bek!! hahaha.. kalau aku cakap bahasa melayu diorang seperti terpaku x faham pape, woik..aku lak yang kena tiru bahasa dorang!! susah la camnikannn..
ermm.. ni masak ape? haa.. ramai yang pandai jawabkan. masakan glamer gitu.. ni masak kegemaran akak dan anak akak. my laling 
kureng sikit sebab setiap kali akak masak ni dia terkenang zaman silamnya.. masa tu katanya zaman bujang trang tang tang lagi.. waktu tu dia bekerja di negeri 9 ada sorang kakak ni memasak bayar bulan untuk semua penghuni rumah bujangnya.. dorang kata x kiralah akak nak masak ape sekali pun dorang semua makan. masak asam pedas pun kami makan..!! rupanya berulang selang sehari menu ini di masak oleh kakak tu.. sampaikan bila bekalan yang di hantar ke rumah sewa tu dorang dah pandai meneka masakan apa yang di masakkan oleh kakak tu. hahaha.. makanlah dorang sampai naik jemu. yang x syok tu.. bila akak masak..wp sedap macam mana sekali pun bukan menjadi pebretnya...huhuhu penat akak masak tau!!

RESIPI ASAM PEDAS MELAKA

600g ikan kembong/parang dll - akak guna ikan kembong.
1 batang serai - diketuk
1/2 sm asam jawa + 400ml air
1 sb puri tomato - akak guna tomato sos
300g kacang bendi - alamak akak terlupa beli!
100 ml minyak
1 sm gula
sedikit garam
sedikit belacan
sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan - belah 4
sepotong lengkuas - di ketuk

kisar:
15-20 tangkai cili kering - rendam
3 sm kelapa parut - di goreng keemasan (tumbuk kasar)
1 st jintan manis } di sangai dan di tumbuk
 1 st jintan putih }
5 biji bawang merah
3 bawang putih

panaskan minyak.
masukkan serai dan lengkuas.
tumiskan bahan kisar hingga kering dan terbit minyak.
campur air asam jawa, puri tomato,ikan, daun kesum, gula garam, belacan.

* kuahnya mesti sama paras ikan. jangan terlalu cair.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...