coleslaw ni akak gandingkan dengan nasi potugis tadi.. erm..sedap..licin dah.. coleslaw ni kalau di simpan pun x berapa sedap.. jadi ape lagi...
masa ambil gambar ni tadi x nampak ada mayo ngan susu cairnya tapi setengah jam lepas tu baru nampak seperti berkuah.. hirup.. untuk menambahkan lemak yang sekian ada hahaha.. adoii tapi takut gemuk bila makan x ingat doonia... hihihi
COLESLAW
1/4 biji kobis - di hiris dan di racik halus
1" karat - di potong dadu kecil kecil
2 sb mayo
2 sb susu cair
sedikit garam
sedikit gula
gaulkan dulu mayo, susu cair, garam, dan gula hingga sebati. rasakan semua secukup rasa baru di gaul sebati pada kobis dan karat tadi.
sedia dihidangkan.
* sedap makan sejuk dalam peti ais
* oleh kerana akak x buat acar mentah/jelatah jadi akak buat coleslaw ni makan bersama nasi potugis. sedap dan kena!
No comments :
Post a Comment