followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, April 5, 2011

IKAN MASAK KICAP BEREMPAH

ASSALAMUALAIKUM...


hari ni akak buat ikan masak kicap berempah.. errm sedapnya.. sepatutnya masak ini lebih sedap di masak kering sikit tapi my laling ni suka berkuah jadi kenalah ikutkan selera dia..nanti x lalu makan sian pulakkan!. kalau lihat di gambar ni  nampak seperti banyak kuahnya tapi sebenarnya tidak, nampak tu ikan masih timbul tu..hihihi..
pada yang suka nak memcuba masakan ini silalah.. jom kita ke dapur boleh akak tunjukkan cara caranya.. ok, jom...


RESIPI IKAN MASAK KICAP BEREMPAH

2 keping ikan potong (sebarang ikan yang sesuai) - di bersihkan, gaulkan serbuk kunyit, garam lalu di goreng dan di ketepikan.

bahan tumbuk/penumis:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

tumbuk lumat:
1/2 st jintan manis
1/2 sudu jintan putih

1 sm serbuk kari ikan
2 sb kicap manis
1/2 st pes asam jawa
air secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

hiasan:
sekerat karat di potong panjang
1 biji tomato - di belah 2
10 biji cili api - di belah tengah

panaskan minyak
tumis bahan yang di tumbuk hingga wangi.
masukkan jintan2, serbuk kari hingga pecah minyak dan masukkan kicap dan sedikit air.
biarkan ia mendidih kuahnya dan masukkan ikan, karat, pes asam jawa, garam. sesuaikan rasanya.
akhir masukkan  buah tomato, didihkan sekali lagi tutup api.
sedia untuk di hidangkan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...